Ahad, 19 Disember 2010

Proton jual 4,000 unit model Inspira sejak dilancarkan

ALOR SETAR 19 Dis. – Proton Holdings Bhd berjaya menjual 4,000 unit Proton Inspira di seluruh negara sejak dilancarkan pada November lepas.Pengarah Urusannya, Datuk Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir berkata, Proton Inspira yang juga model terbaru syarikat berkenaan mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada rakyat negara ini.Ketika ditemui pemberita selepas perasmian Festival Proton 1Malaysia di sini hari ini oleh Datuk Bandar Alor Setar, Datuk Khazali Din, beliau berkata, syarikat itu mempunyai perancangan masa depan untuk mengetengahkan model yang berkonsepkan Siri Pahlawan di pasaran negara ini.

"Kami namakan konsep ini berdasarkan kepada lima pahlawan yang termasyhur pada Zaman Kesultanan Melayu Melaka iaitu Hang Tuah, Hang Jebat, Hang Lekir, Hang Lekiu dan Hang Kasturi,” katanya.
Lima model Proton Siri Pahlawan itu dipamerkan bersempena dengan Kuala Lumpur International Motor Show (KLIMS) 2010 dari 3 hingga 12 Disember lepas di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur. – Bernama

0 Pengulas Sukan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...