Ibn Mas’ud r.a
Huraian:
- Setiap manusia mempunyai lintasan hati yang berlainan kerana berlainan sebabnya.
- Satu daripada jenis lintasan itu adalah lintasan yang dibawa oleh malaikat yang bertugas memancarkan ke dalam hati manusia perasaan suka berbuat kebajikan dan menerima kebenaran; sementara satu lagi lintasan adalah lintasan syaitan iaitu lintasan untuk melakukan kejahatan dan menolak kebenaran.
- Lintasan malaikat ini dinamakan sebagai “ilham” dan lintasan jahat syaitan itu sebenarnya adalah “was-was” di mana kita diperintahkan memohon perlindungan Allah daripadanya sebagaimana yang dimaksudkan di dalam al-Quran, surah an-Nas.
- Oleh yang demikian selaku manusia biasa, apabila datang sesuatu lintasan hati, maka hendaklah kita mempertimbangkannya terlebih dahulu dengan neraca syarak; jika bersesuaian kerjakanlah, jika sebaliknya jauhkanlah.
2 Pengulas Sukan:
yuhuu slm perkenalan.alhamdulillah kdg2 dgn "ilham" selalu selamatkan keadaan kite.terlalu banyak keajaiban dalam hidup yg Allah berikan."was-was" mmg tdk dpt dielakkan dah tgs syaitan menyesatkan manusia,kan.ye betul tu jika sesuai kerjakanlah dan sebaliknya.nice n3..
ye setuju tu.... thanks
Catat Ulasan