Sabtu, 5 Februari 2011

Menjadikan harta jambatan ibadah

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnnya bagi setiap umat itu mempunyai ujian dan ujian bagi umatku adalah harta kekayaan.”
Riwayat at-Tirmidzi
Huraian:
  • Harta kekayaan, kemewahan dan pangkat menyilaukan pandangan serta dapat mengubah pendirian seseorang.
  • Islam melarang umatnya bersikap terlalu mementingkan kehidupan dunia dan mengutamakan kehidupan peribadi lebih daripada kepentingan masyarakat. Sedangkan pemberian atau nikmat-nikmat keduniaan itu sebenarnya adalah suatu bentuk ujian daripada Allah SWT untuk mengukur sama ada manusia menghargainya dengan bersyukur atau tenggelam dalam kelekaan hingga menjadi kufur terhadap Allah SWT.
  • Oleh itu setiap individu perlu berwaspada agar tidak menjadikan harta kekayaan sebagai alasan untuk melupakan perintah dan suruhan Allah SWT sebaliknya menjadikan nikmat-nikmat tersebut sebagai faktor pendorong untuk melakukan kebajikan dan amal soleh yang dituntut dengan ikhlas bersungguh-sungguh kerana golongan seperti ini bukan sahaja akan beruntung di dunia bahkan mendapat ganjaran besar yang di akhirat kelak.

P/s : manusia mudah lupa.... bila senag lupa bila susah baru nak ingat... kita pula bagaimana orangnye?

5 Pengulas Sukan:

KUREKURE COMEL berkata...

betul....bila kaya lupe segala galanya...
bila jatuh miskin...baru lah ingat tuhan...

Adam berkata...

AKu pun kdg2 cm tu. huhu

Mr iz berkata...

biasa la kalau dah namanye manusia ye tak... kena beringat le...he he.. takut nanti kena musibah... waspada selalu....ye

URY berkata...

Biasanya manusia ni masa senang lupakan tuhan, bila susah beru ingnat tuhan...

Apapun.. susah atau senang, tu ujian dari Allah..

Mr iz berkata...

btul tu cik uri... tu semua ujian.... menguji iman di dada...yg penting apapun kita kena bersyukur padanye...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...