(Muslim)
Huraian:
Umat Islam seharusnya bersyukur kerana dikurniakan hidayah dalam mememuk agama yang benar dan diredhai Allah SWT. Namun fenomena hari ini memperlihatkan kepada kita bahawa tidak semua yang menganut Islam itu benar-benar menghayati ajaran agamanya bahkan ada juga yang memilih agama lain (murtad). Betapa mudahnya iman mereka tergoyah dek kerana godaan dan hasutan duniawi.
Oleh itu benarlah seperti sabda Rasulullah SAW bahawa umat Islam itu ramai namun nilaian mereka hanyalah seperti buih-buih di lautan yang tidak mendatangkan apa-apa kesan. Mereka mudah dipermain-mainkan oleh pihak musuh bahkan mereka sendiri bertelagah di antara satu sama lain.
Justeru meskipun peluang untuk kita menghuni syurga Allah amat besar namun peluang tersebut tidak direbut oleh semua orang. Ramai yang berebut mengejar nikmat dunia yang sedikit ini berbanding dengan nikmat akhirat yang jauh lebih besar. Kesesatan manusia hari ini tidak mustahil membuatkan iman mereka semakin kurang yang akhirnya cara hidup mereka seolah-olah tiada bezanya lagi dengan orang yang kafir.
P/s : Ingatlah janji syaitan pada ALLAH... syaitan tidak akan berhenti menyesatkan umat Muhammad S.A.W...sehingga kiamat... zaman semakin hampir pada penguhujungnye....bumi in sudah tua...tapi kita masih leka degan godaan duniawi.... tak sampai pun lima minit amalan ... tu pun susah ..tp kalau lepak berjam jam no hal... cuba diterbalik kan kan byk untungnye... ingatan ini pada aku juga ...hmmm... selalu alpa......manusia mudah leka dan alpa .... kehancuran manusia adalah atas sebab manusia sendiri.. syaitan bergelak tawa matlamatnye hampir bejaya.. mahukah kita begitu... tidak kah kita mahu doa seorang anak yang soleh buat kita semasa kita tiada ..apakah bekalan yang kita bawa... hmmmm.... fikirkan lah...renungkan lah...tenungkan lah... untuk siapa..... hmmm...untuk kita dan generasi penhubung hayat kita... "ya Allah ya tuhanku yang satu, kau selamatkanlah Umat Muhammad S.A.W di seluruh dunia.. jauhilah mereka dari anasir - anasir syaitan.... ya ALLAH..Kau tetapkan lah iman di dada mereka dan di hati mereka... ya Alllah... Aku berserah padamu kerana kaulah yang maha bijaksana lagi maha mengasihani.... ya ALLAH........amin "
2 Pengulas Sukan:
sekarang ramai yang murtad..dan tak kurang juga yang berpura2 mengamalkan Islam syumul hakikatnya mendedahkan aurat tak kira laki mahupun wanita (",)
YA ALLAH kuatkanlah hati ku...
tetapkan hati ku di jalanMU...
takut sgtkan...slalu bayangkan...cmne perasaan bila tidak dpt jejak ke syurga...
amalan?cukupkah..
amat takut...
Catat Ulasan