Memaparkan catatan dengan label Pengetahuan am. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Pengetahuan am. Papar semua catatan

Sabtu, 15 Oktober 2011

Kasi bikin loh...


KEMULIAAN IBU MENGANDUNG DALAM ISLAM
















1. Dua rakaat solat wanita yang hamil lebih baik dari 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.

2. Wanita yang hamil dapat pahala puasa disiang hari & pahala ibadat dimalam hari.

3. Wanita yang bersalin dapat pahala 70 thn solat & puasa serta setiap kesakitan pada satu uratnya, Allah bagi satu pahala haji.

4. Sekiranya wanita meninggal dunia dalam masa 40 hari selepas bersalin ia dikira sebagai mati syahid. ...

5. Wanita yang beri minum susu badannya kepad anaknya akan dapat 1 pahala daripada tiap titik susu yang diberikannya.

6. Wanita yang beri minum susu badannya kepad anaknya yang menangis maka Allah beri pahala satu tahun pahala solat & puasa.

7. Kalau wanita menyusui anaknya hingga cukup tempoh 2 setengah tahun, maka malaikat dilangit khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.

8. Seorang ibu yang menghabiskan masa malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit dapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.

9. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anaknya yang sakit akan di ampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya & bila dia hiburkan hati anaknya Allah beri 12 tahun pahala ibadat

sama sama lah kita berkongsi.... pada dan kepada yang bakal bakal...menimang atau di timang ...ho ho ho...yang coming soon pun ok kot...he he he.... yang halal sahaja ye...susah payah getir perih...ada yang tersembunyi disebaliknya...  akhir kata dari Ah Tat...biar berat bahu memikul, berat jua badan membawa, biar pedih dimata... di hati senyum tanda kesyukuran padanya... hikmah tersedia disebaliknya, kehadiran insan teristimewa......penyambung warisan darah keluarga....
"Wanita hiasan dunia.... seindah hiasan adalah wanita soleha.... yang akan membahagiakan... syurga didalam rumahtangga" Ah Tat pun manyak suka ini lagu maa...he he he

p/s : infomasi dot my..

Jumaat, 29 Julai 2011

Penghulu Hari - Surah

sumber dari acik google

 Sedikit info yang mungkin juga berguna dan bermanfaat sempena hari segala hari.... penghulu segalanya.... jumaat hari yang pernuh berkat.... info mengenai surah surah amalan nabi muhammad S.A.W... surah yang baik untuk kita amalkan membacanya.. mungkin serba sedikit dapat membantu dalam kehidupan sehari harian kita dan sempena menuju bulan yang penuh keberkatan, kerahmatan yang akan menjelang tiba Bulan Ramadhan.......

"Surah Al-Fatihah" - Amalkan membaca surah ini semasa hendak tidur diikuti dengan surah Al-Ikhlas sebanyak tiga kali, Surah AL-Falaq dan surah An-Nas insyaallah akan aman tenteram dan jauh dari gangguan syaitan, untuk mencegah kemarahan Allah bacalah sebanyak 17 kali sehari..iaitu dengan mengerjakan solat lima waktu...

"Surah Al-Khauthar" - Sesiapa yang mengamalkan membaca sebanyak 1,000 kali maka Allah akan memakbulkan hajatnya termasuk rezeki dan kenaikkan pangkat, sesiapa yang membaca 1,000 kali juga selepas solat isyak hingga dia tertidur, insyaallah dia dapat melihat Rasulullah dalam tidurnya...

"Surah Al-khaafiruun" - Sesiapa yang membaca surah Al-khaafiruun maka bandingannya seperti membaca satu perempat Al-Quran disamping terlepas dari peristiwa yang mengejutkan ( riwayatt At-Tarmizi ) sebelum tidur bacalah surah ini agar kita mati dalam iman serta membersihkan kotoran dalam diri kita.

"Surah Ad-Dhuhan" - Dibaca sekali pada malam jumaat agar kita terselamat dari huru hara di padang mahsyar.

"Surah Al_ikhlas" - Ibnu said Al-Khanafi menerangkan : surah Al-Ikhlas ertinya bersih atau lepas, maka barang siapa yang membaca dan mengamalkannya dengan hati yang ikhlas, maka ia akan dilepaskan kesusahan duniawi, dimudahkan di dalam gelombang sakaratulmaut, dihindarkan dari kegelapan kubur dan kengerian hari kiamat.

"Surah Al-Falaq" - Siti Aisyah menerangkan " Bahawa Rasulullas s.a.w pada setiap malam apabila hendak tidur baginda membaca surah Al-Ikhlas, Al-Falaq, dan surah An-Nas lalu ditiupkan pada kedua telapak tangan kemudian disapukan keseluruh tubuh dan kepala".. barang siapa terkena penyakit kerana perbuatan syaitan atau manusia hendaklah membaca surah Al-Falaq dan surah An-Nas sebanyak 41 kali selama tiga hari, lima hari atau tujuh hari berturut turut....

"Surah Al-Waqiah" - Menurut beberapa hadis Rasulullah s.a.w., mereka yang mengamalkan membaca surah Al-waqiah pada tiap tiap malam insyaallah tidak akan merasai kepapaan, mereka yangmembacanya sebagai wirid insyaallah beroleh kesenangan selama lamanya, mereka yang membacanya sebanyak 14 kali setiap lepas solat Asar insyaallah akan dikurniakan rezeki yang banyak...

"Surah Yassin" - Telah bersabda Rasulullah s.a.w " sesungguhnya bagi setipa sesuatu itu ada hati, dan hati Al-Quran ialah Surah Yassin iaitu jantung Al-Quran. Sesiapa yang membaca Surah Yassin, nescaya dituliskan oleh Allah pahala sebanyak 10 kali membaca Al-Quran seluruhnya ( Hadis Riwayatt At-Tarmizi dari Anas r.a )

Itulah serba sidikit info mengenai surah surah yang elok di amalkan yang mungkin dapat juga memberi ketenangan dalam kehidupan dan perjalanan kita yang seterunya....suci hati.... suci diri... sayangi diri.... hidup membawa erti..... mati itu pasti

Selasa, 26 Julai 2011

lemau @ kecut

tu dia berasap sebab lemau @ kecut


wah semenjak dua menjak ni... badan penuh kelemauan ... mungkin disebab kan batuk yang tak juga berkurangan ni.... habis satu rumah kena... bahaya la pulak.... badan pun tak berapa nak cargas... dah macam biskut dalam tin yang masuk angin je.... haruskah aku berjumpa dengan pakcik ali ..untuk meminjam tongkat nya...he he he... tu kes lemau lain tu...he he he... oleh kerana badan tak berapa nak berkuasa kuda dengan penuh... nak menaip panjang panjang pun kepala rasa macam ada batu besar je duduk dalam ni... pening pening lalat gitu... kejap kejap langgar dinding... dan sebelum Tukang karut memarahi aku kerana mengarut yang terlampau ..jadinya... dekat sini adalah sikit info info... yang mungkin dapat mengembangkan sikit sel sel otak kita yang nampaknya semakin mengecut... he he he... layan je la info yang ada ni ...he he he

Seorang manusia bergerak sebanyak 25.4 kali semasa tidur dalam satu hari...
Berat gigi seekor gajah boleh mencecah sehingga 9 paun..
Alexender Graham Bell penemu telefon tidak pernah menelefon isterinya ataupun ibunya kerana mereka   berdua adalah orang yang pekak....
Satu kajian telah dilakukan tentang hubungan bau bauan dengan otak manusia. keputusan yang didapati ialah, kita boleh meningkatkan daya ingatan serta kecekapan minda kita dengan selalu menghidu bau bunga ros, mereka menegaskan bau yang wangi seperti bau bunga ros mengaktifkan sel sel otak yang kurang aktif semasa kita tidur.....
"Taumatawhakatangihangakoauauotamateapokaiwhenuakitanatahu" adalah nama sebuah tempat yang telah diiktiraf sebagai nama tempat terpanjang didunia dan mempunyai 85 huruf. ini adalah nama sebuah bukit yang memiliki ketinggian 305 meter tinggi dan terletak berhampiran porangahua, new zealand.
Air kelapa muda mengandungi zat elekrolit alami, kaya garam, vitamin dan gula, mineral kalium, sodium, klorida dan magnesium. zat yang terdapat dalam air kelapa muda dapat mengatasi kekurangan cecair dalam tubuh.....
Sotong adalah hidupan laut yang unik kerana sotong mempunyai tiga jantung....
Bagi setiap satu liter air yang diambil, terdapat kira kira 100,000 bakteria didalamnya....

haa tu la serba sidikit info buat kita mengembang kan sel sel otak yang mana telah kecut..he he he.... semakin meningkat umur ni semakin juga lah banyak sel sel otak kita mengecut... ye ke macam tu...he he he...  masihkah kita ingat perkara perkara yang telah berlalu..yang dulu dulu, ataupun adakah kita seorang yang pelupa.. atau terlupa... he he he... mungkinkah sel kita telah mengecut...he he he... atau kita ni cepat kecut... kecut perut...he he he

Khamis, 21 Julai 2011

Wanita

                Wanita..  seorang perempuan juga mempunyai sifat berani yakni keberanian... biasa kita dengar je wanita, mesti agak mereka ni seorang yang lemah..atau menjadi mangsa, perlukan pelindung untuk mengharungi sesuatu dalam kehidupan ini... tetapi wanita juga sebenarnya mempunyai sifat keberanian.. cuma tersorok mungkin atau segan nak dikeluarkan.. he he he... wanita juga ada yang dilahirkan sebagai pejuang... bermacam jenis perjuangan sebenarnya... pejuang cinta.. pejuang dapur.. pejuang memandu jet pejuang... dan bermacam jenis lah perjuang yang ada... tapi tahukah kita antara ramai pejuang wanita siapakah antara mereka pernah menjadi yang terbaik... he he he... wahai wanita apa lagi angkat tangan ramai ramai...he he he

Tapi tahukah kita terutamanya sang lelaki... waduhhh... he he he...adakah anda pernah mengetahui, mendengar, mengenali sang wanita yang berani... seberaninya... "NASIBAH"
mungkin ada yang pernah mengetahui atau mendengar tetang "NASIBAH" wanita yang berani... berani bertempur di medan perang sehingga dijanjikan syurga.... mungkin jua ada diantara kita kurang mengenalinya...

 "NASIBAH"  adalah seorang pejuang wanita yang sama sama berjuang dengan Rasuullah SAW... walaupun dilahirkan sebagai seorang wanita tetapi nasibah mempunyai pesonaliti diri sebaliknya. Dia sanggup untuk turun padang turut serta bersama menyertai para syuhada berperang menentang musuh, bukan sekali tetapi banyak kali nasibah menyertai peperangan. antara peperangan yang beliau sertai adalah. Perang Khaibar, Perang Hunain, antara yang paling getir adalah Perang Uhud.

 Nasibah bangga menuju ke padang syahid dengan gagah sambil membawa panah dan pedang ditangan... semangat juang yang tinggi jelas terpancar di wajah nasibah apabila anaknya, Umarrah cedera parah diserang oleh orang musyrikin. Nasibah dengan semangat berkobar kobar masuk ke gelanggang pertempuran diatas perintah Nabi Muhammad SAW. Lalu membawa berita gembira kepada anaknya bahawa dia telah memukul hingga jatuh pada orang yang bertanggung jawab mencederakan anaknya... Rasulullah SAW tersenyum lebar lantas memanggil anaknya Umarrah dan memberitau " lihat ibu mu. lihat luka lukanya, ibumu telah berperang lebih berani dari yang lain, semoga Allah memberkati keluarga mu"  Rasulullah SAW juga mengatakan bahawa dia "NASIBAH"telah dijanjikan syurga.

Itulah dia betapa hebat nya perjuangan.. perjuangan seorang wanita yang biasa dikenali dengan insan yang lemah lembut...dalam kelembutan itu sebenarnya tersorok dan tersembunyi satu sifat yang jarang dijumpai.. sifat keberanian....keyakinan... kecekalan

Jadi wahai sang wanita ingatlah, ketahuilah bahawa sebenarnya masih ada sifat atau semangat keberanian dalam diri anda... tak kira lah sebenarnya sesiapa pun.. lelaki atau wanita semangat keberanian itu memang wujud dalam diri kita.. mungkin kita sahaja yang tak menyedari, mengetahui, tentang nya.. mungkin juga kita tidak pernah hendak mencabar diri kita sendiri untuk mengetahui sejauh mana kah semangat keberanian yang ada dalam diri kita,atau mungkin tiada keyakinan, atau mungkin kita sendiri tak mengenali siapa diri kita sebenarnya....

Jumaat, 8 Julai 2011

Meleleh... Sedap

 "Epal ...Apple"
Memang banyak khasiat semulajadi pada buah epal... macam macam... antara buah yang terbaik untuk dimakan.... antara khasiat khasiat yang ada pada buah epal ni..
Mengandungi serat yang tinggi dan antioksidan seperti flavonoid, betakarotena dan fitokimia.Selain itu, ia juga mengandungi vitamin C, vitamin A dan vitamin B kompleks.
Fitokimia yang dijumpai dalam buah epal bukan sahaja membantu menghalang salur darah  daripada tersumbat (penting untuk menghalang sakit jantung) malah ia juga menghalang sel kanser daripada merebak ke seluruh badan.
Epal mengandungi kandungan serat dan kalori yang tinggi penting dalam membantu proses mengawal berat badan,Serat dapat melambatkan kita dari berasa lapar manakala kalori pula dapat memberikan kita tenaga.
Itu la antara sikit khasiat epal yang kita ketahui atau tak mengetahui tentang nya.... tapi penah kah korang layan buah ni dengan cara yang lain.. he he he he.... pelik ayat tu... saja buat suspen je tu....


haa tu dia... gulai epal terbaik dari mak aku... first time juga la rasa ni.. walaupun mak aku dah banyak kali memasak nya... tu la di mak aku selain makan begitu sahaja..boleh la pulak di buat gulai.. gulai epal hijau... sedap tu ... terbaik dari ladang... digulaikan bersama ikan merah... kira hari ni makan epal sesaja... makan nasi bersama gulai epal..pencuci mulut pun buah epal ... diminum bersama jus epal... he he he.....


 jadi pada kengkawan yang mana tak pernah try tu... cubalah sekali masak gulai.. test tengok adakah menarik tertarik...atau terliur..... tambah..tambah lah lagi nasi tu...he he he he.... mak aku ni memang jenis suka bereksperiment dengan masakkan dari dulu lagi... macam macam juga lah makanan yang pelik pelik dia masak... memang terbaik... bila aku tanya ... susah ke masak ni mak... dia jawab... "senang je bukan susah pun main campak campak je"...he he he he..... eh betul ke macam tu... ... jadinya apa tunggu lagi... cuba cuba..lah... mana tau..... lemak berkrim ...he he he he

Isnin, 4 Julai 2011

Episodes of – Tahukah Anda

    

       Wah tajuk pun dah upgrade tu.. ada  episode.. bikin ganas tu... he he he he.... Ah Tat sambil kutip hutang maa... boleh dapat info lagi tu... “lu tak mau bayar kasi satu info sama gua” Ah Tat punya ayat tu... setelah di cari dan di simpan dalam peti besi... tibalah masanya untuk dikongsi bersama kawan kawan di sekeliling serta di samping gitu... bak kata orang... ilmu lebih berkat kalau dikongsi tak baik kedekut... kata orang lah bukan kata Ah Tat ….jadinya marilah layan apa info yang ada disini.... sama ada … anda atau... kita dah tahu … tak tahu...nak ambil tahu mungkin juga buat tak tahu... he he he... lantak lah … jadinya jom kita layan je lah info info yang Ah Tat dapat...... layanzzzzz......

  • Antara pokok paling tinggi dan tertua didunia adalah dari jenis Giant Sequoia yang memiliki ketinggian 85 meter. Usianya dikatakan antara 2,200 hingga 2,700 tahun.......
  • Di Ohio Amerika Syarikat bunga carnation adalah bunga rasmi.....
  • Monyet paling banyak digunakan dalam ujikaji sains dan perubatan. Kira kira 30,000 haiwan itu digunakan pakar perubatan dan saintis sepanjang tiga tahun mereka mengkaji mengenai panyakit polio.....
  • Buaya tidak boleh menjelir dan mengerakkan lidah kerana organ itu melekat pada lelangit..
  • Semua planet diangkasa bergerak mengelilingi matahari mengikut pusingan jam kecuali planet venus.....
  • Ikan Haruan dapat mengesan 27,000 jenis bau, sekaligus menjadikannya haiwan paling sensitif deria baunya....
  • Somalia adalah satu satunya negara didunia yang mana penduduknya bercakap dalam satu bahasa iaitu somali.....
  • Walaupun unta dikatakan haiwan paling tahan dipadang pasir, namun zirafah dan tikus adalah haiwan yang boleh hidup lama tanpa air......
  • Ibnu Sina adalah doktor pertama didunia....
  • jika menjerit selama lapan tahun, tujuh bulan dan enam hari, anda boleh menghasilkan tenaga yang cukup untuk memanaskan secawan kopi......
       
           itulah...itulah dia antara serba sedikit info yang Ah Tat dapat... sikit pun boleh la kan... dari sikit sangat ataupun tak ada... .. apa macam boleh... bukan boleh belah haaa.. bahaya tu... banyak maksudnya disitu... jadinya cukuplah sampai disini si Ah Tat mengarut tanpa mencarut... sebelum orang datang potong Ah Tat.. jumpa lagilah di lain episode... tu dia episode lah pulak... ok lah Ah Tat mau jalan cari orang yang tak bayar hutang lagi maa... nanti tak mau bayar ... Ah Tat kasi bunga maa.. bukan bunga interest maa.. itu bunga tak boleh woo.. Ah Tat kasi bunga ros maa..he he he.. babai

Sabtu, 18 Jun 2011

Hari Hari

hari hari .... he he he he bukan kedai hari hari jual pakaian tu ye... he he he... ni adalah sikit info pasal hari hari yang ada dalam seminggu... mungkin ada banyak lagi info pasal hari ni... tapi kat sini adalah serba sedikit pasal nya... mungkin juga boleh kita kongsi sama sama kan... berkat lagi gitu...he he he...  jadi korang layan lah ... boleh lak juga merenung atau termenung sambil mengaktif kan sel sel dalam kepala... he he he... untuk meningkatkan kesihatan juga ...mana tau tiba tiba jadi cargasss... tak gitu...he he he.....  

acik google punya ni... pinjam kejap acik ye...he he he
   
Dalam kalender hijriyah , nama hari-hari yang tujuh itu ialah :
Ahad ertinya Satu
Isnin ertinya Dua
Selasa ertinya Tiga
Rabu ertinya Empat
Khamis ertinya Lima
Jumu”ah ertinya Berhimpun
Sabtu ertinya Memotong.
Di kalangan bangsa arab kuno nama hari yang tujuh itu lebih terkenal dengan Awwal , Ahwanu , Jabbar , Dabbar , Mu’annas , U’rubah dan Syiar.
Adapun peristiwa yang berlaku pada hari yang tujuh itu adalah seperti berikut :

AHAD :
Allah menjadikan alam .
Allah menjadikan bintang-bintang.
Allah menjadikan api neraka
Allah menjadikan bumi yang tujuh
Allah menjadikan lautan yang tujuh
Allah menjadikan anggota manusia yang tujuh
Allah menjadikan hari yang tujuh

ISNIN :
Nabi Idris dinaikkan Allah ke langit
Nabi Musa mengunjungi bukit Tursina
Bukti ke esaan Allah diturunkan
Junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w dilahirkan
Wahyu pertama di turunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w
Rasulullah s.a.w wafat

SELASA :
Nabi Yahya dibunuh
Nabi Zakaria dibunuh
Tukang-tukang sihir firaun ditewaskan
Asiah isteri firaun dibunuh
Lembu kaum Bani Israel dibunuh
Habil dibunuh oleh Qabil

RABU :
Qarun hancur binasa
Firaun dan tenteranya hancur binasa
Raja Namrud ditewaskan oleh nyamuk
Umat Nabi Salleh dihancurkan dengan teriakkan keras Malaikat Jibril
Syadad Bin Ad musnah
Umat Nabi Hud dihancurkan Allah dengan angin taufan

KHAMIS :
Nabi Ibrahim memasuki kerajaan Mesir
Saudara- Saudara Nabi Yusuf menemuinya
Bumyamin mengunjungi Nabi Yusuf di Mesir
Nabi Yaacub bertemu dengan anaknya nabi Yusuf di Mesir
Nabi Musa memasuki Mesir
Nabi Muhammad memasuki Mekah

JUMAAT :
Nabi Adam berkahwin dengan Hawa
Nabi Yusuf berkahwin dengan Zulaikha
Nabi Musa berkahwin dengan Siti Safurah anak Nabi Syuib
Nabi Sulaiman berkahwin dengan Siti Balqis
Rasullah berkahwin dengan Siti Khadijah dan juga Aisyah
Ali Bin Abu Talib berkahwin dengan fatimah

SABTU :
Nabu Nuh diperolok oleh kaumnya
Nabi Salleh ditipu oleh kaumnya
Nabi Yusuf ditipu ole saudaranya
Nabi Musa ditindas oleh firaun
Nabi Isa diperdayakan oleh kaum Yahudi
Nabi Muhammad s.a.w. menjadi pengerusi di sidang Darul Nadwah.

Di antara hari yang tujuh , Hari Jumaat lah yang banyak mengandungi kelebihan dan keutamaan yang merupakan “ PENGHULU SEGALA HARI “


Sabtu, 28 Mei 2011

Tahukah anda.. the episod...



he he he..... satu permulaan yang agak biasa disitu... gelak..menambah keceriaan dan salah satu senaman muka..dan mungkin juga awet muda...he he he... ye berjumpa lagi dalam episod... tu..episod la pulak..he he he.... tahukah anda..... di sini adalah sikit beberapa info untuk pengisian minda dan kepala otak kita kot... he he .... mungkin ada yang dah tahu dan ada yang mula nak ambil tahu... jadi nya kat sini...he he he....korang layan je lah apakah menatangnya atau pun info info nya ye....... layanzzzzzz.....

- Percaya atau tidak ..orang yang menggunakan tangan kanan hidup sembilan tahun lebih lama dari mereka yang kidal....
- Gurun sahara diutara afrika berasal daripada perkataan "sahra" yang bermaksud liar atau terbiar....
- Secara purata seorang mampu minum 8000 gelen air sepanjang hidup.....
- Secara purata seseorang menghabiskan masa selama dua tahun bergayut di telefon sepanjang hayat ....
- Setiap langkah kehadapan anda terpaksa menggerakkan 54 otot dalam tubuh anda.....
- Di serata dunia yo-yo adalah satu permainan tetapi di filipina , permainan yo-yo adalah satu senjata berbahaya.....
- Fosil ikan paus yang ditemui dibumi menunjukkan haiwan itu wujud sejak tujuh juta tahun dahulu......
- Manusia secara semulajadi mempunyai frekuansi bunyi yang amat berbeza di dalam tubuh....
-Tahukah anda hayat seekor cicak selama 10 tahun dan ekor spesis itu boleh tumbuh semula sebanyak empat kali sepanjang hidupnya.....
- Ikan tiada waktu tertentu untuk tidur, spesis itu akan tidur apabila mendapati keselamatan dirinya terkawal, ia hanya mengambil masa yang singkat kerana ketika itu seolah olah mati atau tidak bergerak.....
- Beruang kutub dan penguin adalah dua haiwan yang hidup di kawasan ais. tetapi kedua duanya tidak pernah bertemu kerana penguin hidup di kutub selatan manakala beruang di kutub utara.....

haa tu la di info yang tak seberapa nak banyak pun ..tapi jadi lah kan ...untuk mengisi sikit pengetahuan kita...mana  la tahu tiba tiba adalah pulak soalan cepu mas ke...cepu gangsa... ke... ataupun cepu besi... boleh la juga kita menjawabnya... he he he... ataupun buat modal... modal bila berdating ke... he he he... boleh ke macam tu..he he he... ok la nanti kalau ada lagi info info menarik..akan adalah lagi.. jadinya jumpa lah kita dalam episod ..tahukah anda... yang akan datang.....cewaaahhh... he he he...tata...


p/s : terima kasih acik google kasi pinjam orang tu...he he he he

Ahad, 22 Mei 2011

Bau kuda...

segan ni....apa ingat kuda tak mandi ke.....he he he he



kenapa masam muka je kau ni..... "kata nenek pada aku...
tak da la nek tadi kena sound dengan member la nek.... "jawab aku pada nenek..
sound apanye sampai masam muka macam ni.... "tanya nenek lagi
bukan nye apa nek... lebih kurang macam dia bagi tau la...tapi ayatnye ganas lah nek..... kata nye badan saya ni bau semacam .... Bau kuda.. Bau Gajah... macam macam ada bau..... padahal saya dah pakai ubat wangi yang sapu kat ketiak tu nek....malu ...segan pun ada juga nek "jawab aku pada nenek..
oooo.. sebab tu la ye... kau ni pun satu... itu semua disebabkan oleh peluh kau tu.... lagi satu peluh bukannye keluar kat ketiak je.. semua tempat pun peluh keluar... sebab tu ada bau kat badan kau... ubat wangi tu kau pakai kat ketiak je ... kat situ je la yang tak berbau nye... ye tak.... "kata nenek pada aku
ye tak ye juga.. kekadang nenek aku ni pandai dan bijak bistari juga.. betul juga kata dia tu...emmm... nek oh nenek...."tanya aku pada nenek                                                                                                      haaaa...apadianye.....ni mesti ada benda yang kau nak dari nenek ni...... "jawab nenek
nenek ni pandai la... he he...nek ada tak petua ...camana nak hilang kan bau kat badan ni.... "tanya aku pada nenek.... 
senang je tu .... kau pakai je minyak wangi....ko sembur je la kat badan kau tu..." kata nenek pada aku
ala nenek ni cara macam tu memang lah boleh .... tapi kadang kadang tak lama lah nek... lagi pun pakai modal tu... ni saya tak masyuuk lagi nek... petua orang dulu dulu tak ada ke nek..." kata aku pada nenek masyuuk .... apa ke benda nye tu yang masyuuk ..."tanya nenek pada aku
masyuuk tu kira gaji la nek.... pulus kurang la nek... he he he"jawab aku pada nenek
oooo gitu rupenye... pelik pelik juga bahasa orang sekarang ni ye... jadi kau nak petua orang dulu dulu la ni... petua camana nak hilangkan bau badan la ye" kata nenek pada aku
a'ah nek... ada ke... boleh tak nek" pinta aku pada nenek
ada..meh sini dekat nenek... nak hilangkan bau badan tu ye.... macam ni caranye kau ambil segenggam daun jambu batu... lima helai daun limau nipis....bersih kan daun-daun tersebut ...setelah itu kau tumbuk lah daun-daun tersebut hingga halus, gosokkan pada badan kau sebelum mandi, biarkan selama beberapa minit setelah itu barulah mandi seperti biasa... Insyaallah bau peluh kat badan tu hilang....
haaa senang kan cuba la dulu petua tu..." kata nenek pada aku...
senang nek ...terima kasih nek... sekarang juga saya pergi cari daun daun tu.... he he.. terima kasih nenek... "ucap aku pada nenek
emmm.. ye lah.... "jawab nenek


P/s: Kuda segan tu acik google punya tu...terima kasih acik kasi pinjam kuda....he he he

Selasa, 17 Mei 2011

lesu gaban

letih sampai gitu...he he he.... amik kau...  


Haii kenapa dengan kau ni...mengeluh je.... nampak letih lesu saja ... nenek tengok... kerja banyak ke... atau kau ada masaalah ni.... kata nenek pada aku....
tak ada lah nek...kerja banyak sesangat ni... cuaca pun tak menentu ... kejap panas kejap hujan... kata aku pada nenek....
eh ni kan ke kesan sampingan dari .... ribut ke kat filipina kan.... tu la sebabnya cuaca tak menentu sekarang ni...kata nenek pada aku....
wahh nenek pun tahu perkembangan semasa ye nek...he he he... dahsyat juga nenek ni... kata aku pada nenek.
eh ko jangan tak tahu nenek pun advance juga tau...nenek pun ambik tahu juga perkembangan semasa ni.. sekarang ni dah macam macam... maju.. tak macam zaman nenek dulu... lagi satu  nenek pun sekarang ni dah celik celik rabun je internet ni... kata nenek
wah bagus lah nenek sekarang ni....banyak kemajuan ...he he he... nek pasal letih lesu ni ...nenek ada apa apa petua tak yang boleh hilang kan letih lesu ni nek...ni dah rasa lemau je badan ni.... kata aku pada nenek...
ohhh pasal yang tu kau jangan risau lah... meh sini dekat nenek ... senang je cara nya... kata nenek
macam mana tu nek..... kata aku pada nenek....
kata nenek pula....... haaaa macam ni cara nya ye....kau amalkan minum air basuhan beras yang dah bersih punya tau...... jangan pulak yg kelabu jingga tu kau minum.. ya.... amalkan minum sekali sehari... insyaallah akan pulih lesu dan letih badan kau tu.. mesti kau rasa segar ...dan juga air ni boleh juga menambah selera makan... tak payah nak pakai tepung apa tu yang kasi naik badan tu kira macam tepung penaik le .. tapi kau nak kena rajin amal kan la ye......
eh macam tu je cara nya nek... senang je tu... nanti saya cuba dan amalkan ye nek.... he he he he... yang tepung penaik tu sebenarnya susu la nenek...he he he...nenek ni ada la pulak tepung kata nya.... he he he... kata aku pada nenek....
ala mana lah nenek tahu...nenek tengok macam tepung je.... petua tu kau cuba dulu ye.. insyallah mujarab tu...kata nenek pada aku....
ye lah nek akan saya cuba tu.... sebab mudah je caranya... terima kasih ye nek.... kata aku pada nenek.....

p/s : sumber gambar amik kat acik google.... terima kasih acik....he he he

Sabtu, 14 Mei 2011

Tahukah anda.....


 Tahukah anda... rasa lama tak keudara segmen ni...he he he.... dah dekat jalur lebar kira keudara juga la.. walupun tanpa suara...  jadinya...  keluar la balik segmen... ni...tahukah anda...he he... kat sini adalah sikit beberapa info yang mungkin juga dapat membantu mencerdaskan minda kita... he he he... tak pun bole la buat modal memulakan pemborakan sesama kita... he he he... boleh ke macam tu... he he he... korang layan lah tengok mana la tau kan... he he he...dan mungkin juga ada yang dah tahu... tapi tak kisah la janji boleh la juga berkongsi sesama kita ...tak gitu... tanpa membuat masa marilah layan tengok apakah dia itu..... tahukah anda...

- Dalam secawan kopi terdapat lebih 1000 jenis bahan kimia.....
- Singa antara haiwan digeruni sehingga digelar raja rimba. .. haiwan itu boleh mengaum dengan kuat dan bunyinya boleh didengar sehingga tiga kilometer jauhnya......
- Hanya terdapat tiga negara didunia bermula dengan abjad D iaitu Denmark... Dominica.... dan Djibouti.
- Kutub selatan amat penting dalam kehidupan manusia sejagat kerana kawasan berais itu menyimpan 90 peratus simpanan air bersih di muka bumi ini......
- Seekor unta mampu minum 135 liter air hanya dalam tempuh 10 minit......betul punya banyak tu kalau sekali minum...he he he
- Mustahil menentukan waktu dikutub utara kerana garis lintang memisahkan bumi di utara dan selatan bertemu di kutub utara... wooo... boleh sakit mental aku kalau duduk sana...ha ha ha
- Penjelajahan ke kutub selatan adalah yang paling sukar kerana kawasan berais itu mempunyai suhu di bawah paras beku 40 darjah selsius dan tiupan angin selaju 100 kilometer sejam..... laju angin tu... mau terbang aku kalau kena angin laju macam tu.... he he he
- Kelajuan cahaya dalam batu permata adalah 186,000 batu sesaat tetapi bergerak perlahan kira kira 80,000 batu sesaat apabila melalui rintangan...... sebab tu mahal kot...he he he
-Dinosaour hidup dalam era mesozoic.. kira kira 245 dan 65 juta tahun lalu..... hmmm... era fazira aku tau la kot...he he he
- Antara penjelajah terkenal menggunakan jalan sutera ialah Marco Polo yang ketika itu berusia 17 tahun beliau bersama bapanya , Niccolo dan bapa saudaranya, Matteo memulakan perjalanan dari Eropah ke China pada tahun 1271...... dan bukannya polo Ralph Lauren ye...he he he
- Gurun Atacama di Chile ( selatan Amerika ) antara kawasan paling kering di dunia. ia tidak pernah mengalami hujan selama 40 tahun...... dan boleh menyebabkan kita mati kering....he he he
-Setiap gigi jerung yang patah pasti tumbuh seperti sediakala dalam tempuh dua minggu sahaja... tapi gigi aku pasti tak akan tumbuh lagi pasal stok dah habis....he he he
-  Sungai paling besar di dunia adalah sungai amazon di Amerika Selatan, kedalaman nya kira kira 40 meter dan mampu melepaskan sehingga lapan trillion gelen air sehari... perrgh... banyak tu... dan sungai kelang adalah sungai yang terdekat dengan rumah aku...ha ha ha

haaaa... tu la dia serba sedikit info yang dapat di kongsi bersama sama .... he he he... boleh la ye tak... dari tak ada pape...ha ha ha.... kalau nak di ikut kan ada lagi ni... nak tulis rasa macam lenguh la pulak ..haus pulak jari jemari aku ni...he he he... tak pe nanti akan ada lagi keudara segmen ni... cewaaahhhh....ke udara tu....nasib baik tak kelaut....he he he ... kena nyayi lagu fran.... ku ke udara lagi ni....ha ha ha.... ok la jumpa lagi dalam segmen tahukah anda....he he he... tata.....

Ahad, 1 Mei 2011

Rambut Kembang


  kenapa dengan kau ni.... kembang je rambut kau tu...macam tak bersikat.... kata nenek...
entah la nek .... sekarang ni pencemaran banyak la nek... tu yang rambut nampak kembang je tu ....na sikat pun kadang kadang sangkut nek... jawab aku pada nenek....
    kau ni...hai.... hmmm...kalau tak jaga rambut tu nanti cepat beruban... nanti jadi tua sebelum waktu nanti... ha ha... nenek gelak pada aku.....
nenek ni... buat kelakar pulak.. dah macam lirik lagu pulak tu... kata aku pada nenek....
   betul la apa yang nenek cakap ni... tengok nenek.. rambut masih cantik lg walaupun dah tua....
ye la nek ...saya tengok rambut nenek ni nampak cantik,menarik,tertarik..he he ..nampak lembut je ...macam model iklan syampo pulak he he... kata aku pada nenek....
   kau ni ada ada aje.... ada cara caranye nak jaga rambut ... biar nampak lembut dan lambatkan beruban...... kata nenek
nenek bagi la saya petuanya nek...saya pun nak rambut cantik dan lembut juga... ni nampak kembang je rambut saya ni..... kata aku pada nenek....
   ooo... kau nak tau rahsianya ya... meh sini dekat nenek... nenek bagi kau tau...
macam ni caranya :
ambil daun bunga raya lebih kurang sepuluh helai... bersihkan daun tu... setelah bersih, kau ramas dengan dua gelas air sehingga keluar lendir nya, kemudian sapukan pada rambut sehigga ke akarnya, biarkan selama 15minit, kau akan terasa kulit kepala sejuk dan nyaman, setalah itu cucilah dengan air yang bersih...keringkan dengan tuala yang bersih... lakukan seminggu tiga kali...akan nampak hasilnya nanti.....
   haaa... dapat tak caranya... senang kan.... kata nenek
ye la nek senang je cara nya.... jawab aku pada nenek
   haaa....banyak gunanya air daun bunga raya ni...selain nak lembutkan rambut... air ni pun boleh digunakan untuk mengurangkan panas atau pening kepala...air tadi kau jaramkan kat kepala... mesti lega...rasa sejuk je kepala kau.... kata nenek ....
oh ye ke nek... nak cuba la... sekarang juga saya pergi cari daun bunga raya ni nek....
  kau kalau nak ambik dekat rumah orang ke minta izin dulu dengan tuan nya... nanti ...takut lain pulak jadinya... ingat tu... pesan nenek pada aku....
baik lah nek... saya ingat tu....

Sabtu, 30 April 2011

Pertunangan

 Perjanjian Antara Kedua Belah Pihak

jika kedua pihak telah suka atau bersetuju yakni hubungan antara lelaki dan perempuan … elok lah sekiranya pihak lelaki tersebut menghantar rombongan.... merisik...dan seterusnya meminang pihak perempuan tersebut......sebelum di ijabkabul kan antara mereka.....dengan pertalian ini hubungan antara mereka mungkin lebih afdal....untuk mengelak dari kata kata atau tohmahan dari keadaan sekeliling......... 
 Perjanjian sudah termaktub....merisik dari pihak lelaki telah dipersetujiui.... rundingan kedua belah pihak berjalan dengan baik..maka di ikuti kemudian nya dengan rombongan pertunangan .... akta akta pertunangan telah di persetujui oleh kedua belah pihak... dimana jika kira nya pihak lelaki memutuskan talian pertunangan tersebut tanpa alasan yang munasabah duit belanja hantaran yang telah diberi kepada pihak perempuan akan dikira hangus sementara bagi pihak perempuan pula jika memutuskan talian tersebut tanpa alasan yang munasabah juga,maka dikehendaki kembalikan segala yang telah diberi oleh pihak lelaki dengan serba dua... atau dalam ertikata lain nya double.....haaaa.... tu dia perjanjian antara kedua belah pihak yang bertunang... korang biasa dengar tak... ataupun langsung tak pernah ambik tahu.... ataupun baru nak mengharungi... macam mana … adakah semua tempat cara perjanjian ini sama atau berbeza pada sesetengah tempat... nak juga tau ni.. bukan apa .. aku pasal dah selamat dah..he he he..dah ada anak pun ni......he he … mana lah tau ada diantara kita yang baru nak mengharungi benda benda macam ni... sekurang kurang nya ada lah sikit pedoman kan.... bagi mereka yang baru nak tempuh ...jangan ambil mudah atau sambil lewa perkara tersebut.... banyak la yang aku dah tengok.... biasa la kalau dah disarung cincin pertunangan ni.. kata orang darah manis... banyak lah dugaan nya semasa dalam talian pertunangan ni... dan ada juga yang mengambil jalan mudah dengan memutuskan talian pertunangan tersebut tanpa alasan yang bernas.....
bak kata orang lama lama ...orang melayu kita ni penuh dengan adat.... apabila berjanji mesti ditepati... apabila terputusnya talian tersebut, maka rundingan kedua belah pihak bermula lagi ..kali ini rundingan mengenai perjanjian yang telah termaktub antara mereka semasa rombongan pertunangan datang dahulu...... disini rundingan mungkin berlaku dengan agak panas....yang hendak memutuskan talian tersebut adalah atas kehendak keluarga pihak perempuan tanpa alasan yang munasabah ekoran dari khabar angin yang sampai tanpa menyelidik perkara yang sebenar benarnya terjadi.......

1. Jadinya patukah pihak perempuan terbesebut mengikut perjanjian yang telah dipersetujui dahulu...

2. Patut kah pihak perempuan mengeluarkan kata kata kesat pada pihak lelaki sedangkan perkara tersebut tidak benar

3. Patutkah rombongan pihak perempuan tersebut mengatakan yang pihak lelaki hanya memikirkan wang sahaja walhal semasa perjanjian tersebut kedua belah pihak telah bersetuju.

4. Patutkah pihak perempuan menghantar kembali hantaran yang telah diberi dengan memasukkan segalanya dalam plastik sampah dan menyerah kan segalanya begitu sahaja.

5. Apakah pendapat korang tentang perkara tersebut....

Itu la dia nak menjalin memang seronok..tetapi bila sesuatu terjadi memang pahit.. panas.. huru hara.. marah... bermacam macam lagilah mungkin akan berlaku.. mungkin juga akan wujud perasaan dendam sesama mereka..ketidakpuasan hati.. antara mereka... dan berkemungkina juga akan terjadi perkara perkara yang tak sepatutnya terjadi... sperti sihir... membomoh... mensantau... bermacam macam lagilah...... jadi disini kita sebagai manusia yang mempunyai akal dan fikiran … jangal lah mengambil mudah akan perkara perkara tersebut.... kelak diri sendiri akan merana... kita tak tahu hati orang bila dah berdendam.....jadinya... fikirkanlah... ternungkanlah... renungkanlah..... jangan ambil mudah perkara yang mudah fikirlah banyak kali kalau takut padah....

Jumaat, 15 April 2011

Air Kelapa

kelapa boleh dikatakan atau diketegori pokok serbaguna....

          Ini ada cara mudah yang nak dikongsi... kira petua ... he he he... kira berkenaan dgn diri ... petua ni dah pernah di terbitkan dulu...lama dah... mungkin ada yang dah tahu... ataupun yang masih tak tahu...dan mungkin juga hendak mengetahuinya... kira petua mudah dan murah untuk kita kongsi sesama kita... korang layan je lah ye...he he he he...sesi bertemu dengan nenek..... he he he.    

     kenapa dengan muka kau tu.... nampak kering tak bermaya je.... kata nenek...
letih la nek ...kerja banyak...main panas .... tido pun tak cukup la nek....
     ala... bawa betenang... rilek je...meh sini kat nenek... nenek bagi petua.. kasi muka kau tu nampak lembab sikit dan berseri.....
wahhh...best tu... nak... camana nek...
    meh la dekat sikit... haaaa ... macam ni caranya.... kata nenek :

bersihkan muka dulu dengan air suam, kering kan muka, setelah itu cucilah muka kita dengan air kelapa, biarlah air kelapa itu kering di muka selama setengah jam, selepas itu barulah dibilas dengan air yang bersih... lakukan cara ni tiga kali seminggu sehingga muka kita yang nampak kering akan berubah kelihatan lembab dan lebih berseri....
    haaaa... mudah kan.. kata nenek....
waaaa... iye la nenek... kena cuba ni nek... patut la muka nenek nampak berseri ...ala ala ....macam model... ha ha..
    kau ni ada ada aje... kau cuba tu dulu..mesti nampak perubahan nya.... kata nenek
iye la nek.... sekarang juga saya cari kelapa.... terima kasih nenekkk...

p/s : sumber gambar dari acik google... sumber kelapa korang kena cari sendiri lah ye...he he he... cara yang cukup mudah dan murah la...rasa aku... tak pun pergi je kedai yang ada parut kelapa... acik nanti nak belah kelapa tu... air nye dari di buang .. baik bagi kat saya,,, acik pun dapat pahala... he he he... dapat free lagi...he he he... apa lagi ...he he he...cuba lah....he he

Khamis, 14 April 2011

Ruang

Ruang yang di sisi oleh UFO ...... he he he


ha....mari... mari.. yang jauh mari dekat... yang dekat mari rapat.... ye yang rapat tu.... mari lihat... he he he macam nak jual barang dekat pasar la pulak aku ni … he he he..... bukan apa dalam kehidupan kita ni, kalau terlalu serius pun boleh membosankan … boring...beb... keceriaan itu perlu dalam mengharungi kehidupan... he he he... rasa aku salah satu awet muda kot... he he he... cuba tengok muka orang yang terlalu serius dalam kehidupan nya ..he he he...nampak tua kan... eh ye ke tu..... dekat sini aku nak kongsi lah beberapa tips atau fakta yang aku selongkar....... tentang warna....warna dalam pengunaan ruang..... atau rumah..... korang layan lah tengok .. mana lah tau boleh juga diguna pakai...he he he

Tips dan Fakta :
  • warna mempunyai kuasa mencipta mood serta silap mata yang memberasangkan...
  • Mempamerkan warna pada ruang adalah langkah yang berani kerana ia memberi kesan yang menakjubkan...
  • Warna terang dan garang akan “complement” diantara satu sama lain dan mengundang dialog kepada ruang......
  • Ruang yang memasukkan warna dan barangan seni “art” membuat kita merasa lebih gembira dan sentiasa memanggil manggil kita untuk pulang....
  • Warna kuning melambangkan sinaran cahaya sang suria, biru lambang lautan yang menyegarkan, merah pula lambang kegembiraan....
  • Warna garang tidak bertentangan dan berteriak untuk mendapat perhatian – malah membangkitkan“emotional response” dan membantu memperkukuhkan mood pada ruang......
  • Cermin keseluruhan dinding dan cermin berbingkai akan membantu melebarkan ruang, warna dan cahaya. Sambil memberi dimensi ketiga kepada dekorasi kita.....

he he he he ...tu lah dia serba sedikit dan sememangnye sedikit benda yang aku nak kongsikan pada korang semua...walaupun agak sikit rasa aku.. sekuarang kurangnya dapatlah juga membantu kita dalam medekorasi rumah kita... he he he... mana lah tau ada yang tetiba nak buat perubahan warna dan ruang pada rumah kita... boleh lah juga diguna pakai....he he he.....

Rabu, 13 April 2011

Kucing

adakah kerana ia pokok ini mendapat nama
       He he he.... misai kucing.... adalah sejenis tumbuhan herba yang boleh dikatakan mempunyai banyak khasiat... sementara itu... kucing punya misai adalah milik seekor kucing yang banyak membantu dalam panghidupan si kucing....he he he... jadinya di sini dua benda tersebut mempunyai banyak perbezaan nya... he he he.. oleh itu jangan terkeliru antara misai kucing dan kucing punya misai...he he he.... misai kuncing mendapat namanya dari keunikkan bunganya … he he he.. bunga yang mempunyai misai... he he he...dan mengikut kisah dogeng nya pula suatu masa dahulu dua ekor kucing yang agak kelam kabut apabila berlaku pergaduhan... pertengkaran perebutan seekor kucing betina... dalam kekalutan kucing tersebut semasa aksi kejar mengejar... telah melalui pokok ini dan menyebabkan misai salah seekor kucing tersebut tersangkut dan besimpul di pokok bunga ni...he he he... lalu ternampak oleh si manusia dan berkata... “eh tengok kucing tu misai dia tersangkut dekat pokok bunga tu la... bersimpul lagi...” semenjak dari itu pokok bunga itu pun mendapat gelaran nya iaitu pokok misai kucing...he he he he... boleh ke macam tu...huaaa hua huaaaa.......

bunga misai kucing yg sedang kembang
Misai kucing ataupun nama saintifik nye adalah “Orthosiphon Stamineus” adalah sejenis tumbuhan dalam golongan tumbuhan herba... misai kucing banyak terdapat di negara negara asia tengara mungkin kerana faktor cuaca kot....he he he... misai kucing juga terdapat di rumah mak aku... yakni ditanam oleh mak aku... he he he... biasalah orang lama... suka menanam benda benda berkhasiat macam ni... kata mak aku daun pokok ni boleh buat ubat untuk mengurangkan panyakit tekanan darah tinggi... “bila berlaku luka atau berdarah, darah memancut dengan tinggi...eh tangan kau terluka ni amat..... fuiyoo tinggi nye darah kau memancut tu”... he he he.. boleh ke macam tu... he he he he..adalah pulak... penyakit kencing manis …bilamana kita membuang air kecil terlalu banyak semut semut menghurunginye.... he he he... dan bukan untuk penyakit kencing bedarah ye... he he he... caranya nak menggunakan misai kucing ni senang je kata mak aku .. ambik daun dia lepastu jemur kasi kering... bila dah kering... rendam dalam air panas.. lepastu minum....senang kan..... he he he
daun misai kucing yg banyak khasiat
Misai Kucing popular digunakan sebagai teh herba di kebanyakan negara negara di asia tengara mahupun di eropah.......Mengikut kajian saitifik pula misai kucing ini mempunyai banyak khasiat dari segi perubatan... umpamanye.. dapat membuang dan mencuci darah dari toksid yang berlebihan, melawaskan pembuangan air kecil, gout, athritis, reumatik, mencegah pembentukan batu karang, mengurangkan kelesterol,Kandungan saponin dan tanin pada daun itu juga boleh mengubati keputihan..... gangguan haid....... Penyelidikkan juga telah mendapati ianya besifat antiseptik …...banyak kahsiat perubatan kan... he he he... jadi la...jom wusya... cari lepastu kita tanam... dalam pasu pun boleh. ....boleh juga dijadikan tanaman hiasan ....cantik juga... mungkin pasal bunga dia yang unik dan lain sikit kot...he he he.. selamat menanam..... he he he
p/s : Sumber gambar dekat belakang rumah mak aku....yang mana pokok ini ditanam olehnye.... he he he 

Ahad, 10 April 2011

Pengutip

              Pengutip berfaedah ... banyak yang dimaksudkan dengan pengutip berfaedah.. ada banyak jenis dan ketegorinya.....he he he.... adakah salah... ....menjadi sebagai pengutip...pengutip yang berfaedah he he he..... pengutip sampah...berfaedah ke... he he he agaknyalah kot..... kalau mereka tak ada siapa lah agak nya yang nak buat kerja macam tu.... kita biasanya pembuang je...he he he.... tak kira lah di rumah ..di pejabat.... pengutip seperti mereka juga patut di hormati.. berikanlah kerjasama ...walaupun kerja mereka ni agak kotor tapi halal beb.....berfaedah juga tu...mereka dapat gaji.. rumah atau pejabat kita pun tak busuk.. he he he....ye ke... Pengutip tin minuman.... mungkin diantara kita ada pandang serong atau senget pada mereka  ...mungkin memandang remeh pada mereka ...he he he... tetapi duit tu...... sekilo berapa beb...kalau mereka dah mengutip sebanyak lima tan.... haaa..tu..kan dah....he he he... mungkin kita memandangnya sebagai sampah ...tapi kekadang sampah itu adalah duit.....berfaedah juga tu... membersih dan mendapat duit...... he he he..... .
Aku adalah salah seorang dari mereka kot...aku ni ketegori pengutip juga.. pengutip suratkhabar...he he he.... tapi aku kutip bahagian yang berinfomasi je...mungkin kita sedar dan tak sedar je.. he he he.... sebagai contoh la … ni benda yang aku kutip dari suratkhabar yang mana telah disepahkan dan menunggu masa untuk dijual atau dilupuskan..... he he he.... “ko cari apa kat suratkhabar lama tu”...he he he... tu la ayat yang biasa aku dengar bila aku mengutip........ jawapan aku pula..”ada la benda ni”....... jadinya kat sini aku nak kongsi serba sedikit benda yang aku kutip ni.... mungkin juga boleh dijadikan salah satu hobi.... he he he.... yang boleh diketegorikan ...emmmm... berfaedah kot.... he he he he.....
-Tapak sulaiman jenis mahkota berduri mudah ditemui dikawasan terumbu karang di perairan tropika di lautan pasifik india dan laut merah... ia boleh membiak daripada saiz tapak tangan sehingga saiz sebesar pinggan.
-Sungai nil sepanjang 6671 kilometer merentasi empat negara di afrika iaitu Uganda... Sudan... Ethopia dan Mesir.
-Pada 1992 Whitney Houston adalah satu satunya penyanyi wanita mengungguli carta United kindom,Amerika dan Australia menerusi lagu I will always love u.
-Ikan emas adalah satu satunya haiwan dapat melihat Inframerah dan Ultra Ungu serta dapat mengesan gunung berapi akan meletus beberapa jam sebelum nya dengan melompat keluar daripada akuarium.
-Kepah gergasi pernah ditemui berukuran 1.3 meter.
-Dianggarkan ada 164 juta spesis monyet diseluruh dunia.
-Gunung Everest mengambil nama sempena Sir George Everest yang pernah menjadi gabenor jeneral di india dan seorang ahli matematik yang banyak membuat kajian mengenai gunung itu.
-Secara purata suhu dilembah mati atau Death Valley di Amerika Syarikat iailah 57 darjah selsius, terlalu panas untuk manusia hidup.
-Bara api rokok disedut boleh mencecah sehingga 260 darjah selsius, sedangkan suhu didih cuma 100 darjah selsius.
-Industri filem di Bollywood menghasilkan kira kira 1000 filem setiap tahun lebih banyak berbanding industri filem Hollywood.
-Badak air adalah dari spesis babi dan haiwan itu hanya bole ditemui di afrika.
-Kajian terbaru mendapati China mempunyai jumlah penduduk tertinggi di dunia dengan 1341 bilion orang, meningkat 6.3 juta pada tahun lalu.
-Burung belatuk mengetuk pohon kayu untuk memikat burung betina selain memberi amaran kepada burung lain mengenai kawasan miliknya, burung itu mampu membuat 25 ketukan dalam sesaat.
Ha kan..... baru sikit je tu..he he he....nampak tak benda tu...he he he... benda benda macam ni lah yang selalu aku kutip ...manalah tau... time time boring boleh juga layan... potong cantik cantik... tampal simpan buat buku...he he he... tak rugi pun … ilmu jugak tu...he he he.... dalam tanpa sedar dan tak sedar je ...ilmu tu sebenar nya banyak..... bersepah....sampai ada yang dibuang...he he he.... jadinya kat sini.....
haaa korang renunglah...tenunglah...fikirkanlah..... he he he he...... apakah perjalanan dan pengalaman kehidupan yang di kutip itu juga salah satu cabang ilmu..... he he he ta ta.... caaakkkk....

p/s : sumber gambar diambil dekat acik google...terima kasih acik...he he he

Khamis, 31 Mac 2011

kisah naga

he he he.... tajuk ganas tu... he he he... kisah naga.. tapi bukan naga berapi atau naga misteri... ni kisah kira naga jugak la... naga laut atau bahasa omputihnya sea dragon.... ni kira nak berkongsi info la pasal naga ni... ataupun bahasa kedai kopi... borak kosong.....mungkin ada diantara kita tak kenal ataupun tak tahu yang sebenarnya naga itu wujud...he he he... naga laut berdaun... haaa tu naga juga pe..he he he... naga yang tak seperti mitos mempunyai api untuk memulakan kebakaran .... kalau ada kes naya wooo...he he he... kat sini adalah sikit info mengenainye... kira ok la menatang ni ..comel gak...... korang layan je la...zasssssssss.....zzuuuussss
naga
daun



       

  
 Adakakah di kacukan keduanya


terjadinya ini... he he he......
  


Naga laut berdaun atau Glauerts Seadragon, Phycodurus eques, ….....merupakan spesis ikan laut dalam keluarga Syngnathidae, yang juga termasuk dalm kumpulan kuda laut. naga laut berdaun adalah satu-satunya anggota dari genus Phycodurus ditemui di sepanjang pesisir selatan dan barat Australia. Mereka sebahagian besar ditemui di sekitar rumpun pasir di perairan hingga 50 meter (164 kaki) dalam, bersembunyi di antara batu dan rumput laut. Nama ini berasal dari penampilan nya yang berupa seperti daun daun di seluruh tubuh. penampilan ini hanya berfungsi sebagai penyamaran diri daripada pemangsa.....Nama naga laut berdaun adalah berasal dari kemiripannya dengan makhluk yang lain.( mitos naga). Naga laut berdaun lebih besar sikit dari kuda laut, sekitar 20-24 cm (8-10 tahun). Bergerak melalui air seperti sepotong rumput laut. Naga laut ini juga boleh menukar warna, kemampuan ini bergantung pada diet naga laut, umur, lokasi, dan tahap stres..... naga pun stress juga woo...he he......... Naga laut berdaun yang anehnya tidak memiliki gigi..makhluk ini mempunyai muncong panjang seperti paip yang digunakan untuk makan.... naga laut berdaun memakan krustasea termasuk plankton dan mysids, termasuk ikan, udang yang kecil …..he he he dan tidak memakan burger atau pizza ye...he he he.......
Naga Laut Berdaun
Naga laut berdaun menggunakan sirip disisi kepalanya untuk renangan, mengarah gerakannya serta menukar arah.. bergerak melalui air seperti sepotong rumput laut. spesis pergerakan nya  yang paling lambat hingga mengambil masa berjam jam untuk ke satu lokasi atau destinasi...slow moving but undercontrol..... Naga laut berdaun betina menghasilkan hingga 250 telur kemudian menyimpan telur tersebut ke ekor jantan melalui paip panjang...Naga laut jantan berdaun mengeram telur dan  melahirkan anaknya... .proses melahirkan anaknya adalah lebih kurang sama dengan saudara sepupu sepapatnya...he he he...kuda laut......dan bukannya kuda kepang ye.....sembilan minggu masa diambil untuk telur mula menetas, bergantung pada keadaan air. Anak naga laut berdaun mengambil masa kira-kira 28 bulan untuk mencapai kematangan seksual..... dan seksi...he he
Tu la dia kisah si naga yang aku nak kisah kan tadi... he he he ....... borak kosong pun dah sampai kepenghujung nya..... dapat la sikit ilmu ... pengetahuan di sebalik dasar.... banyak juga makhluk makhluk yang comel disebalik dasar ni.... he he he.... jadi renuglah ....tenunglah.... fikirkanlah.... sayangilah bumi kita pasal banyak makhluk makhluk comel didalamnya...... he he he he... tata

p/s : Terima kasih pada acik google atas sumber... gambar... he he he....

Rabu, 30 Mac 2011

kuda lagi ni.....

        He he he... semalam cerita pasal kuda ari ni pun sama nak cerita sikit pasal info kuda... bukan kuda belang atau kuda padi ... tapi pasal serba sikit mengenai kuda kepang...haaa... ambik kau kan dah keluar kuda kepang...he he he.... pasal kengkawan la ni...he he he... tapi tak pe aku pun tak ada hal nye...no poblemo...lagi aku suka... aku pun sambil sambil tu bole la juga ... tak banyak sikit dapat juga la menambah pengetahuan am aku...he he he.... cari punya cari... selak punya selak... dapat la sikit pasal info kuda kembang.... eh salah la pulok lagi ni..he he he...kuda kepang....  jom kita layan...he he he....
kuda kepang  indonesia
     Kuda kepang adalah sejenis kuda yang begitu jinak.... he he... adalah pulak macam tu..he he he... kuda kepang ialah sejenis tarian berkuda yang berasal dari Jawa, Indonesia. Ia turut dibawa oleh penghijrah-penghijrah ke Tanah Melayu. Kuda kepang asal namanya adalah kuda "anyaman" yang disebut “kepang” dalam Jawa.....kuda anyaman ataupun nama modennya kuda kepang pada asalnya dibentuk seperti seekor kuda tanpa kaki dikepit di celah kelengkang penari dengan menggunakan daun pandan....tetapi kini seiring dengan peredaran masa dan zaman.... kuda kepang ada juga yang diperbuat daripada buluh yang dianyam....papan lapis atau kulit lembu. Kuda kepang juga biasanya berwarna hitam dengan bulu tengkuk berwarna kuning dan ada juga yang diwarnakan dengan warna warna lain untuk menjadi lebih menarik.....dan ada  juga yang membalutnya dengan baldu untuk menambah kecantikkan dan keanggunan pada kuda kepang tersebut...... he he he.... bole ke...he he
   Ada pendapat yang mengaitkan tentang tarian kuda kepang  ini dengan asal usulnya Wali Songo yang hidup diTanah Jawa pada abad ke-15. Dalam usaha mengembangkan Islam di kawasan pedalaman di Jawa....Ada pula yang berpendapat asal usul tarian ini ada kaitan dengan Saidina Ali...untuk meniru gerak langkah bala tentera Saidina Ali maka lahirlah tarian kuda kepang...... ada pendapat lain pula mengaitkan asal usulnya dengan alam kayangan.... Seekor kuda kayangan bernama Kuda Sembrani dikatakan turun di Jawa ......untuk mencari kawannya yang hilang.......he he he... pendapat korang pulak...he he he he
   Di Negara kita... Malaysia tarian kuda kepang amat digemari oleh penduduk Johor, terutamanya yang berketurunan Jawa.Lazimnya terdapat 10 hingga 15 orang penari bagi setiap kumpulan... Penari kuda kepang biasanya akan mempunyai seorang ketua.....he he he .. bukan chiep sarjan bin sarjan yae...he he he.... Misteri yang menghiasi latar belakang tarian ini memang sukar untuk dirungkai apatah lagi apabila ada yang mendakwa pernah menyaksikan penarinya memakan kaca... menanduk buah kelapa... boleh melakukan gerak geri aneh dan pelik yang pasti tidak dapat dilakukan dalam keadaan siuman atau normal...... seperti melompat setinggi enam atau tujuh kaki...meniti diatas sebatang buluh.... kayu licin ataupun seutas tali.....juga mengupas kelapa dengan gigi..... bukan dgn jari ye...he he he he
   Dipercayai juga bahawa kuda kepang ini hendaklah diletakkan disuatu tempat khusus.Jika diletakkan di sembarangan tempat roh kuda kepang itu akan mengamuk dan merosakkan pertunjukan-pertunjukan yang akan datang. Alat bunyi-bunyian yang sering mengiringi tarian kuda kepang ialah angklong (alat utama), gendang, gong ( berbentuk bulat dan diperbuat dari gangsa), kinong (seperti gong tetapi lebih kecil), jidor ( sepert rebana besar), soron kecil (dibuat dari tembaga yang dititik supaya melengkung dan lekuk seperti ruas buluh) dan bonang (dibuat dari tembaga,ditengahnya bonjol bulat kira-kira lapan garis pusat).Bagaimanapun tidak semua alat ini digunakan dalam satu-satu tarian.
kuda kepang malaysia 
Pemilihannya terletak kepada budi bicara kumpulan-kumpulan berkenaan... Bentuk pakaiannya pula terserah kepada kehendak kumpulan tetapi ia hendaklah seragam.
       haaaa... tu la serba sedikit info mengenai kuda kepang... bukan kuda belang ataupun kuda padi ye..he he he...kalau nak di ikutkan banyak info mengenai nya... pasal ....he he he.... lenguh jari jemari ku...he he he... dapat kan..he he he....dapat la sikit menambahkan ilmu pengetahuan am kita...he he he.... bole la juga buat modal lepak sambil borak kosong ... he he he...... tu la.... jadinya ... fikirkan lah... tenugkan lah...renungkan lah..... jagalah,, sayangilah tarian tradisional kita.... jangan biarkan hidup anda diselubungi............. misteri kain selimut............ha ha ha.... tata..... 


p/s : gambar kuda kuda kepang yang jinak ini di ambil dari sumber acik google .... terima kasih acik...he he he


Isnin, 28 Mac 2011

Kuda oh kuda

              Hari ini aku nak kongsi sikit info pasal kuda kepang... eh eh salah la pulok.. bukan kuda kepang..... tapi kuda laut... he he he... pasal ada member tanya pasal kuda laut ni...he he he.....aku pun demi nak tau apa yang best nye pasal kuda laut ni.. mulalah pencarian pasal kuda laut ni...hmmm... apa yang aku dapat serba sedikit pasal kuda laut ni agak menarik juga ... kuda laut ni pun ada keistimewaan dia...wahhh... korang nak tau jugak ke ... he he he.... ok la ni aku selitkan serba sedikit pasal info mengenai kuda laut ni... bukan kuda kepang ye... he he ... layan je la ...he he he
Kuda laut (Cavalluccio Marino) Terdapat 35 spesis kuda laut di seluruh dunia merupakan spesis yang sangat unik. Ia memiliki baju dari tulang melindungi dari segala jenis bahaya......yang disebut baju zirah atau “baju besi” yang berfungsi sebagai pelindung bahaya. Baju Zirah itu sangat keras seperti batu, bahkan tidak boleh dihancurkan hanya dengan mengunakan tangan.... kira macam baju kebal la ni...he he he
Kuda laut ini termasuk dalam golongan spesis ikan, ia bernafas melalui  insang. saiz mereka tidak lah besar macam kuda belang ataupun  kuda kepang...he he he...... saiz kuda laut adalah kecil ...dari 4 hingga 30 cm.
Meskipun termasuk dalam golongan spesis ikan, cara kuda laut berenang adalah amat berbeza dengan cara ikan berenang....  Kuda laut bergerak dalam air dengan cara mengubah isi udara dalam kantung  renangnya....Jumlah udara di dalam kantung renang telah ditetapkan secara amat teliti. Jika kantung renang ini rosak atau kehilangan sedikit udara, kuda laut tenggelam ke dasar laut. Kuda laut berenang dengan tubuh yang tegak dan mereka dapat hanya menganggukkan kepala ke atas dan ke bawah....  kuda laut juga mempunyai mata yang sangat unik. Ia mampu melihat dua buah benda yang berbeza pada waktu yang sama. Matanya juga dapat bergerak kesemua arah, kuda laut dapat melihat keadaan sekelilingnya dengan mudah. kuda laut ada bermacam warna (merah, kuning, hijau, dan hitam) dan mampu berubah bersesuain dengan keadaan sinar matahari yang menyinari tubuhnya. Walaupun memiliki banyak warna, namun ada juga beberapa spesis kuda laut berwarna sebagai transparent atau pun tidak berwarna yakni dengan kata lain nye warna jernih...he he... sehingga tidak mudah dilihat.Kuda laut terkenal sebagai penyamar yang cekap di dalam air kerana ia mampu bersembunyi di celah-celah rumpair dan batu karang. Ia makan dengan menyedut plankton yang kecil dan larva ikan. Kuda laut biasanya tinggal di sekitar kawasan batu karang dengan menambatkan ekornya pada celah batu karang. Ia hidup meluas di perairan tropika di seluruh lautan di dunia..... yang paling unik kuda laut adalah si jantan yang akan melahirkan anak..... ye ke ...he he he.. 
Kuda laut jantan ini memiliki kantung yang besar di bahagian bawah abdomen (perutnya)... Sebenarnya kuda laut betina telah menempatkan lebih 100 telur ke dalam kantung yang terdapat dalam abdomen kuda laut jantan.Kuda laut jantan kemudian mengeluarkan sperma ke dalam kantung itu untuk persenyawaan telur berkenaan.  Embrio akan membesar di dalam kantung itu dan mendapat makanan daripada pundi-pundi di dalam kuning telur masing-masing.Proses pengeraman akan berlangsung selama dua sehingga enam minggu bergantung kepada spesies kuda laut tersebut dan keadaan air di kawasannya.....
Bila sudah sampai masanya ‘melahirkan’...... kuda laut jantan akan mengepam (melepaskan) keluar bayi kuda laut tersebut. Bayi-bayi kuda laut akan keluar dengan bentuk yang sangat kecil. Selain untuk mengandung, kantong kuda laut jantan juga berfungsi untuk mengawal kadar garam, agar sesuai dengan keadaan air ketika telur menetas.... he he he......
Kehidupan kuda laut ternyata semakin terancam....... Keunikan kuda laut membuat banyak orang ingin menjadikannya koleksi.... dengan itu sayangilah kuda kepang.... eh eh kuda laut la hee..........
haaaa... tu la serba sikit info pasal kuda laut ni... sekecil kecil makhluk ciptaan nya tetap mempunyai kehebatan yang tersendiri... haaa... cuba... renugkanlah ...fikirkanlah..... he he he tata......

Allah Pencipta langit dan bumi, dan bila Dia berkehendak (untuk menciptakan) sesuatu, maka (cukuplah) Dia hanya mengatakan kepadanya: “Jadilah”. Lalu jadilah ia. (QS. Al Baqarah, 2: 117)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...