Buat renungan untuk santapan moga kita mengerti akan makna kehidupan..mungkin antara kita masih leka atau mungkin juga terlupa.. kerana godaan duniawi...godaan alam yang tak pasti....apakah tugas kita umat yang masih bernyawa ini... apakah sumbangan yang telah kita lakukan.......apakah itu semua mencukupi.... moga dengan renungan ini dapatlah kita berfikir serta muhasabah diri....bagaimanakah kita nanti.....dimana kah arah kita nanti.... arah menuju kesatu perjalanan yang tak pasti bilakah akan sampai waktunya....mungkin sekarang.. hari ini..esok... adakah kita telah bersedia..... menghadapinya.....moga kita sedar siapa diri kita....penuhkan lah beg sandang yang ingin dibawa pergi.. limpahkan ruahkanlah beg sandang mu itu.untuk bekalan perjalanan mu...... renunglah.....tenunglah.... fikirkanlah...
Baginda Rasullullah S.A.W bersabda:
Baginda Rasullullah S.A.W bersabda:
"Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka akan masuklah satu kumpulan malaikat ke dalam lubang-lubang kecil dalam badan dan kemudian mereka menarik rohnya melalui kedua-dua telapak kakinya sehingga sampai kelutut. Setelah itu datang pula sekumpulan malaikat yang lain masuk menarik roh dari lutut hingga sampai ke perut dan kemudiannya mereka keluar. Datang lagi satu kumpulan malaikat yang lain masuk dan menarik rohnya dari perut hingga sampai ke dada dan kemudiannya mereka keluar. Dan akhir sekali datang lagi satu kumpulan malaikat masuk dan menarik roh dari dadanya hingga sampai ke kerongkong dan itulah yang dikatakan saat nazak orang itu."
Sambung Rasullullah S.A.W. lagi:
"Kalau orang yang nazak itu orang yang beriman, maka malaikat Jibrail A.S. akan menebarkan sayapnya yang disebelah kanan sehingga orang yang nazak itu dapat melihat kedudukannya di syurga. Apabila orang yang beriman itu melihat syurga, maka dia akan lupa kepada orang yang berada disekelilinginya. Ini adalah kerana sangat rindunya pada syurga dan melihat terus pandangannya kepada sayap Jibrail A.S."
Kalau orang yang nazak itu orang munafik, maka Jibrail A.S. akan menebarkan sayap disebelah kiri. Maka orang yang nazak tu dapat melihat kedudukannya di neraka dan dalam masa itu orang itu tidak lagi melihat orang disekelilinginya. Ini adalah kerana terlalu takutnya apabila melihat neraka yang akan menjadi tempat tinggalnya. Dari sebuah hadis bahawa apabila Allah S.W.T. menghendaki seorang mukmin itu dicabut nyawanya maka datanglah malaikat maut. Apabila malaikat maut hendak mencabut roh orang mukmin itu dari arah mulut maka keluarlah zikir dari mulut orang mukmin itu dengan berkata: "Tidak ada jalan bagimu mencabut roh orang ini melalui jalan ini kerana orang ini sentiasa menjadikan lidahnya berzikir kepada Allah S.W.T." Setelah malaikat maut mendengar penjelasan itu, maka dia pun kembali kepada Allah S.W.T. dan menjelaskan apa yang diucapkan oleh lidah orang mukmin itu. Lalu Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud: "Wahai malaikat maut, kamu cabutlah rohnya dari arah lain."
Sebaik saja malaikat maut mendapat perintah Allah S.W.T. maka malaikat maut pun cuba mencabut roh orang mukmin dari arah tangan. Tapi keluarlah sedekah dari arah tangan orang mukmin itu, keluarlah usapan kepala anak-anak yatim dan keluar penulisan ilmu. Maka berkata tangan: Tidak ada jalan bagimu untuk mencabut roh orang mukmin dari arah ini, tangan ini telah mengeluarkan sedekah, tangan ini mengusap kepala anak-anak yatim dan tangan ini menulis ilmu pengetahuan." Oleh kerana malaikat maut gagal untuk mencabut roh orang mukmin dari arah tangan maka malaikat maut cuba pula dari arah kaki. Malangnya malaikat maut juga gagal melakukan sebab kaki berkata: "Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana kaki ini sentiasa berjalan berulang alik mengerjakan solat dengan berjemaah dan kaki ini juga berjalan menghadiri majlis-majlis ilmu." Apabila gagal malaikat maut, mencabut roh orang mukmin dari arah kaki, maka malaikat maut cuba pula dari arah telinga. Sebaik saja malaikat maut menghampiri telinga maka telinga pun berkata: "Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana telinga ini sentiasa mendengar bacaan Al-Quran dan zikir." Akhir sekali malaikat maut cuba mencabut orang mukmin dari arah mata tetapi baru saja hendak menghampiri mata maka berkata mata: "Tidak ada jalan bagimu dari arah ini sebab mata ini sentiasa melihat beberapa mushaf dan kitab-kitab dan mata ini sentiasa menangis kerana takutkan Allah." Setelah gagal maka malaikat maut kembali kepada Allah .W.T. Kemudian Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud: "Wahai malaikatKu, tulis AsmaKu ditelapak tanganmu dan tunjukkan kepada roh orang yang beriman itu." Sebaik saja mendapat perintah Allah S.W.T. maka malaikat maut menghampiri roh orang itu dan menunjukkan Asma Allah S.W.T. Sebaik saja melihat Asma Allah dan cintanya kepada Allah S.W.T maka keluarlah roh tersebut dari arah mulut dengan tenang.........
31 Pengulas Sukan:
Subhanallah.. Sampai begitu sekali mulianya..
Semoga kita terus dirahmati olehnya
subhanallah..bru tau ade kumpulan2 malaikat yg datang ketika nazak
syukran ^^,
subhanallah.
kasihnya Allah kpd hambaNya.
Miss Dill^^
ya allah...mina nak yg akhir tu....
cuba utk menjadi mukmin yg baik..
insyaallah...
Terasa kekurangan diri. Terima kasih ijat.
Mati itu pasti..Mati itu terlalu sakit..beramal selagi hayat hidup.. semoga segala amalan kita diterima ALLAH dan i'ALLAH..segala urusan akhirat akan dipermudahkan ALLAH..
mati itu sekali, hidup itu dua kali...
khai - sama sama lah kita berusaha kearahnya....
zia - sama lah juga cik zia....
dill - ye cik dill.... itu pun manusia masih tak sayangkan diri....lupa... sama sama lah kita mengasihinya seperti mana ia mengasihi umatnya....
mina - insyaallah cik mina kalau ada usaha ke arahnya.....
jat - sama juga ni pun cik jat... ingat mengingati sesama kita...
AA - ye betul tu cik AA ...saya sokong...sama sama lah kita ke jalan yang di redhai...moga hidup dan mati kita diberkati...
nasriq - ye betul tu en nasriq... tidak syak lagi..memang benarnya tu... mati hanya sekali dan hidup kita adalah dua kali.... marilah berusaha untuk kehidupan yang abadi...
ilmu untuk cha hari ini. terima kasih.
cha - sama sama lah kita berkongsi ye cha...ingat mengingati sesama kita...
erm..terima kasih berkongsi..
Subhanallah.....
bleh mmberi keinsafan nie....bleh sdrkn kte yg slaloo leka nie...
bila Izrail datang memanggil, jasad terbujur di pembaringan, seluruh tubuh akan menggigil, sekujur badan nak kedinginan..
mati itu pasti, dan tibanya sukar dijangka, bersediakah kita???
subhanallah..xpnah tau cerita nih.terima kasih berkongsi pengetahuan! ^_^
eda - sama sama cik eda dan sesama lah kita ingat mengingati....
nabilah - ye betul tu cik nabilah
warna - suspen juga dgr lagu tu... soalan tu memang soalan cepumas tu...
aleen - sama sama cik aleen.. saling ingat mengingati sesama kita...
aleen - sama sama cik aleen.. saling ingat mengingati sesama kita...
jangan takut pada mati..kalau beriman bertaqwa..kubur bukan tempat rohani tp persinggahan ABADI..YA ALLAH..ampun dosa2 hamba mu ini..Abg pun kan dosa2 ida ye..cayang abg...
moga kita ditempatkan tempat yang terbaik di sisi Allah...aminn
Terima kasih entry ni..bermuhasabah sebentar..mudh2 an kita smeua trgolong dlm golongan beriman..
azida - baik lah isteriku... sama sama lah kita bantu membantu ye....
addah - ye addah sama sama lah kita berusaha ke arahnye...amin
tika - insyaallah cik tika... sama sama lah kita ye...amin...
Catat Ulasan