sumber dari acik google |
Sedikit info yang mungkin juga berguna dan bermanfaat sempena hari segala hari.... penghulu segalanya.... jumaat hari yang pernuh berkat.... info mengenai surah surah amalan nabi muhammad S.A.W... surah yang baik untuk kita amalkan membacanya.. mungkin serba sedikit dapat membantu dalam kehidupan sehari harian kita dan sempena menuju bulan yang penuh keberkatan, kerahmatan yang akan menjelang tiba Bulan Ramadhan.......
"Surah Al-Fatihah" - Amalkan membaca surah ini semasa hendak tidur diikuti dengan surah Al-Ikhlas sebanyak tiga kali, Surah AL-Falaq dan surah An-Nas insyaallah akan aman tenteram dan jauh dari gangguan syaitan, untuk mencegah kemarahan Allah bacalah sebanyak 17 kali sehari..iaitu dengan mengerjakan solat lima waktu...
"Surah Al-Khauthar" - Sesiapa yang mengamalkan membaca sebanyak 1,000 kali maka Allah akan memakbulkan hajatnya termasuk rezeki dan kenaikkan pangkat, sesiapa yang membaca 1,000 kali juga selepas solat isyak hingga dia tertidur, insyaallah dia dapat melihat Rasulullah dalam tidurnya...
"Surah Al-khaafiruun" - Sesiapa yang membaca surah Al-khaafiruun maka bandingannya seperti membaca satu perempat Al-Quran disamping terlepas dari peristiwa yang mengejutkan ( riwayatt At-Tarmizi ) sebelum tidur bacalah surah ini agar kita mati dalam iman serta membersihkan kotoran dalam diri kita.
"Surah Ad-Dhuhan" - Dibaca sekali pada malam jumaat agar kita terselamat dari huru hara di padang mahsyar.
"Surah Al_ikhlas" - Ibnu said Al-Khanafi menerangkan : surah Al-Ikhlas ertinya bersih atau lepas, maka barang siapa yang membaca dan mengamalkannya dengan hati yang ikhlas, maka ia akan dilepaskan kesusahan duniawi, dimudahkan di dalam gelombang sakaratulmaut, dihindarkan dari kegelapan kubur dan kengerian hari kiamat.
"Surah Al-Falaq" - Siti Aisyah menerangkan " Bahawa Rasulullas s.a.w pada setiap malam apabila hendak tidur baginda membaca surah Al-Ikhlas, Al-Falaq, dan surah An-Nas lalu ditiupkan pada kedua telapak tangan kemudian disapukan keseluruh tubuh dan kepala".. barang siapa terkena penyakit kerana perbuatan syaitan atau manusia hendaklah membaca surah Al-Falaq dan surah An-Nas sebanyak 41 kali selama tiga hari, lima hari atau tujuh hari berturut turut....
"Surah Al-Waqiah" - Menurut beberapa hadis Rasulullah s.a.w., mereka yang mengamalkan membaca surah Al-waqiah pada tiap tiap malam insyaallah tidak akan merasai kepapaan, mereka yangmembacanya sebagai wirid insyaallah beroleh kesenangan selama lamanya, mereka yang membacanya sebanyak 14 kali setiap lepas solat Asar insyaallah akan dikurniakan rezeki yang banyak...
"Surah Yassin" - Telah bersabda Rasulullah s.a.w " sesungguhnya bagi setipa sesuatu itu ada hati, dan hati Al-Quran ialah Surah Yassin iaitu jantung Al-Quran. Sesiapa yang membaca Surah Yassin, nescaya dituliskan oleh Allah pahala sebanyak 10 kali membaca Al-Quran seluruhnya ( Hadis Riwayatt At-Tarmizi dari Anas r.a )
Itulah serba sidikit info mengenai surah surah yang elok di amalkan yang mungkin dapat juga memberi ketenangan dalam kehidupan dan perjalanan kita yang seterunya....suci hati.... suci diri... sayangi diri.... hidup membawa erti..... mati itu pasti
24 Pengulas Sukan:
banyak kelebihan baca ayat ayat suci Al quran ni..tak dapat nafikan..cume kadang2 kita jangan lah baca masa bulan Ramadhan je..ingatan untuk ezay n sume..terasa gak kene atas batang idung sndiri..takpe..moga2 Ramadhan kalini lebih bermakna dari yang lepas
entri ni ingatan untuk semua, dulu ustazah penah cerita kalau kita lupakan Al Quran, Al Quran jugak akan lupakan kita ( nanti susah nak baca Al Quran dengan lancar )
renung2kan
dan
slmt beramal... =)
tazkirah pagi yang berguna..
betul2..
klau kita melupakan alQuran, alQuran juga akan melupakan kita..
sama2 la kita tingkatkan baca alQuran lebih2 lagi bulan puasa ni
:)
nice..
incek ijat.. slmt berpuasa.. :)
thanks untuk info ni, ijat.
Salam Ramadhan Al-Mubarak buat Ijat, isteri & Baby Qayyim.
dill.
akan ku coba untuk mengikutinya..amin....
hoho... lama dah tau... tapi nak amal... kejab amal... lamaaaaaaaa tak amal... hoho...
ezay hardi - betu tu ezay kan...he he he.. lebih elok dijadikan amalan seharian kita kan... moga ramadhan kali ni terbaik buat semua ummah....
mizz novexx - ye betul tu mizz... amalan membaca tu bukan setakat buku sahaja Al-quran pun patut juga jadi sebagai bahan bacaan wajib buat kita... berkat lagi gitu... he he he
dynie - ye dynie...renungkan bersama sama ye... jangan termenung pulak...he he he... amalkan lah amalan beramal... he he he
iema ackles - ye betul tu rebutlah peluang berganda yang akan tiba... penuhkan uncang bekalan kita...
miss senget - sama sama miss senget ye....dan selamat merebut peluang keemasan yang menjelang...selamat menunaikan ibadah puasa ye...
dil - sam sama cik dill... selamt juga untuk cik dill ye... qayyim dah makin nakal sekarang ni...he he he... macam macam keletah dia yang mencuit hati... he he he
siti aziz - insaallah akan dipermudah kan buat mek ti.... selamt berpuasa mek ti... rebut peluang yang datang berganda ye... he he he
tukang karut - he he he he lebih kurang juga ni... he he he...kejap ada kejap tak ada...he he he macam coklat la pulak... he he he
Bila hati tgh gusar,baca Al-Quran dgn ikhlas..hati akan rasa sgt tenang..~
Salam Ramadhan bulan keberkatan buat Ijat sekeluarga~ ^^
da lama tak terjah kat sini
nice info ~
bole diamalkan..lagi2 da nk bulan pose niih
selamat berpuasa ! ^_^
xramai yang tahu tentang khasiat ayat2 quran nie kan..ada yg tahu tp pura2 x tahu..Kuasa Allah mengatasi segalanya..
terima kasih atas entry yang sangat bagus nie..
teruskan mr iz :)
salijou - terima kasih sal...selamat menyambut ramadhan juga buat cik sal ye... moga mendapat amal yang terbaik...
myzasuki - selamat beramal dan selamat berpuasa ye... rebut peluang yang tersedia ada....
aida omar - betul seperti yang dikata kan oleh cik aida...Kuasa Allah mengatasi segalanya.. selamat menyambut ramadhan al mubarak... kerahmatan dilimpahi dengan keberkatan .. rebut setiap peluang yang ada di bulan mulia ini....
jat amal baca al waqiah.biasa malam.hihi.semua surah ada kelebihan msg2 kan.xsbr nk mengaji d bulan puasa.
zati embong - ye cik jat bagus tu... tahniah cik jat ye... dah ada gelaran sekarang ni....he he he
Catat Ulasan